PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU
- Menggunakan web, video, audio dan imej
- Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran Bahasa Melayu
- Menyimpan bahan dalam fail internet dan katalog internet.
1. Menggunakan
laman web.
Terdapat beberapa pembekal
maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain.
Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google. Kesemua pembekal maklumat
internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan
audio, video, teks, dan grafik.
Untuk melayari internet
dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet.
Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa
terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi. Contoh alamat pembekal
maklumat internet:
Untuk mendapatkan bahan,
taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada
Web search. Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan
kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada
internet. Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan
menaipkan www.youtube.com.
Taipkan video yang hendak
digunakan di dalam kotak pencari. Setelah mendapatkan video yang diperlukan,
anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader.
Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet.
Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk memuat turun bahan
yang diperlukan.
Kesemua bahan yang dimuat
turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu sebelum digunakan
di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Guru perlu mengambil kira
faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunaan
bahan yang diperoleh daripada internet.
Gunakan kotak pencari Yahoo!
untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik. Simpan semua bahan berkenaan
di dalam folder tajuk 1. Di dalam folder tajuk 1, buat folder audio, video,
grafik, dan teks dan masukkan bahan yang berkenaan ke dalam folder yang
berkaitan.
2. Menggunakan kata kunci,
frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
Untuk
mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak
diperolehi ke dalam kotak pencari. Sila lihat contoh di bawah.
Setelah
menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan
diberikan pilihan seperti yang berikut. Anda akan diberikan pilihan yang
di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”. Ini menjadikan pilihan
anda menjadi terlalu banyak. Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan
menggunakan tanda “ “ seperti “resepi masakan”. Dengan berbuat begini, anda
akan mengurangkan penyenaraian anda.
Setelah
anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang
berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu
pengajaran. Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa
Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang
telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.
Sila gunakan perkataan dan
frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan.
3. Menyimpan bahan
dalam bentuk fail internet dan katalog internet.
Bahan yang diperolehi
daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog
Internet. Sila lihat prosedur di bawah.
3.1 Alamat Internet
3.1 Alamat Internet
Untuk menympan bahan dengan
menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan
terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.
Apabila telah menemui
halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah
diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.
Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.
3.2 Menyimpan bahan
dalam bentuk fail internet dan katalog internet.
Bahan yang diperolehi
daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog
Internet. Sila lihat prosedur di bawah.
ALAMAT INTERNET
KATALOG INTERNET
TAJUK
|
ADAT RESAM KELAHIRAN ORANG MELAYU
|
URL
|
TAJUK
|
ADAT RESAM MENYAMBUT KELAHIRAN ORANG MELAYU
|
URL
|
TAJUK
|
ADAT RESAM SELEPAS KELAHIRAN BAYI ORANG MELAYU
|
URL
|
TAJUK
|
ADAT PERKAHWINAN ORANG MELAYU
|
URL
|
TAJUK
|
ADAT KEMATIAN ORANG MELAYU
|
URL
|
TAJUK
|
PERMAINAN TRADISIONAL ORANG MELAYU
|
URL
|
TAJUK
|
SASTERA RAKYAT
|
URL
|
TAJUK
|
SENJATA TRADISIONAL
|
URL
|
TAJUK
|
CERITA RAKYAT SABAH
|
URL
|
TAJUK
|
CERITA RAKYAT
|
URL
|
TAJUK
|
NOTA BAHASA MELAYU UPSR
|
URL
|
TAJUK
|
BANK SOALAN UPSR
|
URL
|
TAJUK
|
CONTOH RPH BAHASA MELAYU
|
URL
|
TAJUK
|
INTERAKTIF PERMAINAN BAHASA MELAYU
|
URL
|
TAJUK
|
RUJUKAN KAMUS DAN ISTILAH BAHASA MELAYU
|
URL
|
KATALOG INTERNET
TAJUK
|
ADAT RESAM KELAHIRAN ORANG MELAYU
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Mengandungi artikel mengenai adat kelahiran orang
Melayu. Artikel tersebut boleh dijadikan bahan bacaan dan pemahaman.
|
TAJUK
|
ADAT PERKAHWINAN ORANG MELAYU
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Mengandungi artikel mengenai adat perkahwinan orang
Melayu. Artikel tersebut boleh dijadikan bahan bacaan dan pemahaman.
|
TAJUK
|
ADAT KEMATIAN ORANG MELAYU
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Mengandungi artikel mengenai adat kematian orang
Melayu. Artikel tersebut boleh dijadikan bahan bacaan dan pemahaman.
|
TAJUK
|
PERMAINAN TRADISIONAL ORANG MELAYU
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Mengandungi artikel mengenai permaianan orang Melayu.
Artikel tersebut boleh dijadikan bahan bacaan pemahaman dan boleh
diaplikasikan oleh murid.
|
TAJUK
|
SASTERA RAKYAT
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Mengandungi bahan-bahan sastera bahasa Melayu seperti
cerita rakyat, puisi, dan pantun.
|
TAJUK
|
SENJATA TRADISIONAL
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Mengandungi artikel mengenai senjata tradisional orang
Melayu. Artikel tersebut boleh dijadikan bahan bacaan dan pemahaman.
|
TAJUK
|
CERITA RAKYAT SABAH
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Mengandungi cerita-cerita dongeng rakyat Sabah. Guru
boleh menguji kemahiran membaca dan menguji pemahaman murid.
|
TAJUK
|
CERITA RAKYAT
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Himpunan cerita rakyat Malaysia. Guru boleh menguji
kemahiran membaca dan menguji pemahaman murid.
|
TAJUK
|
NOTA BAHASA MELAYU UPSR
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Mengandungi nota-nota yang berguna untuk guru dan murid
dalam subjek bahasa Melayu. Contohnya, format karangan dan nota tatabahasa.
|
TAJUK
|
BANK SOALAN UPSR
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Himpunan latihan dan soalan untuk murid.
|
TAJUK
|
CONTOH RPH BAHASA MELAYU
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Mengandungi
himpuna contoh Rancangan Pengajaran Harian yang amat berguna untuk
guru.
|
TAJUK
|
INTERAKTIF PERMAINAN BAHASA MELAYU
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Mengandungi
pelbagai pemainan interaktif untuk murid yang menyeronokkan.
Contohnya, teka silang kata.
|
TAJUK
|
RUJUKAN KAMUS DAN ISTILAH BAHASA MELAYU
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Aplikasi mudah untuk guru dan murid untuk merujuk
berkaitan istilah bahasa Melayu yang tidak difahami.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan