PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
- Memilih Bahan Sastera
- Memilih Bahan Tatabahasa
- Memilih Bahan Bidang Ilmu Lain
Bahan
pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperolehi bukan hanya daripada
buku-buku teks malah ia boleh didapati daripada bahan-bahan internet yang
merupakan salah satu sumber yang besar dalam meyumbangkan bahan-bahan
pengajaran. Hal ini kerana kita boleh mendapatkan bahan-bahan daripada negeri
dan negara lain sebagai rujukan juga sebagai bahan bantu mengajar untuk kita
gunakan dalam proses P&P terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau sekadar sebagai bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu dimuat turun, proses penilaian dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak dikehendaki atau djangka kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

Memilih Bahan Sastera
Bahan sastera merupakan bahan yang
berkaitan dengan kesusteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding
bahan yang lain. Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau
seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu. Bahan
sastera ini merangkumi beberapa jenis seperti:
Pemilihan bahan sastera juga
perlulah berkaitan unsur-unsur kesusteraan. Menurut Hashim Awang, unsur-unsur
yang terdapat dalam kesusteraan ialah seperti:
- Intelek
- Emosi
- Imaginasi
- Teknik
Pemilihan bahan tatabahasa
Tatabahasa merupakan ialah bidang
yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat
sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang
jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna.
Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai
makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Seringkali selepas
pembelajaran dalam kelas murid-murid akan diberi latihan tatabahasa.
Sebelum memuat turun bahan
tatabahasa harus melihat juga isi kandungan tatabahasa tersebut, jenis-jenis
bahan tatabahasa dan kaitannya dengan sukatan pelajaran serta RPH. Berikut
merupakan jenis-jenis tatabahasa.
Jenis-jenis tatabahasa boleh
diperolehi melalui laman web
Dalam laman web ini mengandungi
penerangan mengenai tatabahasa dan jenis-jenisnya
Jenis-jenis tatabahasa
- Kata nama
- Kata Hubung
- Kata kerja
- Kata sendi nama
- Kata nama khas
Memilih bahan bidang ilmu lain.
Bagi bidang ilmu lain adalah seperti
bidang agama, ilmu sains, ilmu geografi, Matematik dan sejarah. Bidang-bidang
ini boleh diperolehi dengan melayari pelbagai alamat URL. Namun sebagai
contoh alamat URL bidang lain adalah seperti:

Tiada ulasan:
Catat Ulasan