APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA
PENGGUNAAN INTERNET
- Memuat turun Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
- Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam Power Point dan Brosur.
ETIKA KOMPUTER
- Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
- Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat
MASALAH MORAL DAN
ETIKA
Terdapat beberapa
masalah moral dan etika yang sering berlaku iaitu:
·
Penggertak
·
Penyalahgunaan
internet
·
Virus
·
Hak cipta
·
Perisian cetak
Rompak
Penggertak:
· Cracker ialah golongan yang menceroboh ke
dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama
membuat keuntungan.Cracker tidak menulis
program untuk membangunkan
perisian tetapi menggunakanperisian yang dibangunkan orang lain
untuk tujuankemusnahan
Penyalahgunaan
internet
· Konsep ‘langit terbuka’
yang dilaksanakan oleh negara
kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet
terutamanya di kalangan remaja.
Virus:
· Penyebaran virus -
merosakkan sistem, data, perisian,melumpuhkan rangkaian computer.
Hak cipta terpelihara
· Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran
adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya
adalah perlu.
Perisian cetak
rompak:
·
Maklumat yang
diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan
secara tulisan dan audio visual
PRINSIP ETIKA
KOMPUTER
• Keseimbangan
• keizinan temaklum
• keadilan
• Meminimum-kan risiko
PANDUAN KEPADA
PENGGUNA KOMPUTER ADALAH SEPERTI BERIKUT
- Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
- Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
- Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
- Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
- Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
- Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
- Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
- Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
- Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
- Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain
CARA MEMBUAT BROSUR
MENGGUNAKAN MICROSOFT PUBLISHER
1. Bukakan Microsoft Publisher 2007.
2. Setelah
application sudah dibuka screen akan memaparkan gambar seperti berikut,
kemudian pilih BROCHURE.
3. Langkah seterusnya pilih
design yang anda minat( mengikut kesesuaian brosur).contoh design yang dipilih
ialah Bubble.
4.
Padamkan gambar-gambar atau maklumat yang tidak diperlukan. Setelah
itu letakkan pula lambang atau gambar yang anda perlukan. Contoh gambar ialah lambang satu Malaysia
5. Setelah itu masukkan butiran
seperti:
Tajuk program yang
akan diadakan
Nama penaja
tarikh dan hari
program akan diadakan
Aktiviti yang akan
dijalankan
6. Proses seterusnya ialah proses
untuk mencantikkan brosur anda.Ini bertujuan untuk menarik minat orang ramai
untuk membaca brosur anda.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan